About

UUM RAINFOREST TRAILS RUN (UUMRTR) 2019
.
Hari: SABTU
Tarikh: 21 September 2019
Tempat: Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Anjuran : Persatuan Akademia UUM (PERSATU) dan UUM Hikers

COMPETITIVE RUN: 12 KM
- Men Open
- Women Open
FUN HIKE: 5 KM
-              Open

14 September 2019 (Sabtu)
0630 hrs
0730 hrs
0800 hrs
0830 hrs
1100 hrs
1430 hrs
1500 hrs
1600 hrs

-   Berkumpul di Padang Stadium UUM
-   Perasmian
-   Pelepasan kategori Competitive Trail Run
-   Pelepasan kategori Fun Hike
-   Dijangka peserta awal tiba di Stadium
-   Dijangka peserta akhir tiba di Stadium
-   Cabutan bertuah & penyampaian Hadiah
-   Bersurai


Persatuan Akedemia UUM (PERSATU) merupakan persatuan staf akademik yang berperanan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli. Pelbagai aktiviti berbentuk akademik dan rekrerasi dianjurkan untuk manfaat bersama ahli.  Penganjuran aktiviti berbentuk rekreasi merupakan salah satu aktiviti yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengumpulkan ahli dalam suasana yang santai dan tidak formal .

Manakala Kelab UUM4x4 Sintok / UUM Hikers merupakan satu daripada kelab untuk kakitangan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah di tubuhkan di bawah Majlis Kebajikan, Sukan, dan Kebudayaan (MKSK). Salah satu aktiviti Kelab adalah penganjuran aktiviti lasak dan mencabar seperti ekspedisi 4x4, perkhemahan di dalam hutan, merentas hutan, sukan mencari harta karun, mendaki gunung dan ekspedisi konvoi. Penganjuran aktiviti sebegini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan Kelab  dan UUM.


PERSATU dengan kerjasama Kelab UUM4x4Sintok / UUM Hikers bercadang untuk menganjurkan larian dalam hutan Sintok (Trail Run) peringkat atarabangsa. Kelab UUM4x4 Sintok / UUM Hikers mempunyai kepakaran untuk menganjurkan program sebegini. Penganjuran aktiviti ini juga secara tidak langsung merupakan salah satu cara untuk mempromosikan UUM kepada masyarakat luar. Gabungan kedua-dua organisasi ini dapat mempastikan kejayaan dalam penganjuran aktiviti sebegini.


Trek UUM berada di dalam kawasan hutan simpanan UUM dikelilingi oleh pokok-pokok, buluh dan hutan balak. Keadaan muka bumi adalah berbukit bukau dan lembab disebabkan terdapatnya alor air yg mengalir di antaranya termasuklah Sungai Badak, Air Terjun Sintok dan Tasik Sintok. Laluan trek lebih kurang 10kaki lebar bagi kebanyakan tempat, tetapi terdapat juga jalan-jalan denai yang agak sempit dan curam. Laluan larian akan mengikut laluan ronda (jalan batu kerikil), sempadan pagar UUM dan sempadan hutan simpan UUM – hutan simpan kekal (laluan bertanda merah). Jarak satu pusingan lengkap trek larian yang dicadangkan adalah sejauh 15 km. Antara tempat-tempat menarik sepanjang laluan ini selain dari flora dan fauna adalah titi gantung, pokok 3 beradik, Tasik Sintok, Sungai Badak dan Air Terjun Sintok. Manakala cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi termasuklah mendaki dan menuruni beberapa buah puncak seperti Bukit Ombak Buluh, Bukit W, Bukit Dagu, Bukit Kelulut, Bukit Senget dan Bukit Toi. Selain daripada cabaran mendaki dan menuruni bukit, hutan simpan UUM juga terdapat banyak pacat serta binatang-binatang liar. Bagi penggemar aktiviti lasak, cabaran-cabaran ini merupakan satu tarikan kepada mereka.


1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Tahniah, event yang menarik.. sangat menguji ketahanan mental dan fizikal.
    Sedikit cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak tuan.
    Mohon disediakan trofi untuk pemenang 1 - 20.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

UUM RAINFOREST TRAIL RUN 2019 (UUMRTR'19)

UUM RAINFOREST TRAILS RUN (UUMRTR) 2019 . Hari: SABTU Tarikh: 21 September 2019 Tempat: Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia,...